TOP 10 Tempat Makan Best di Kuantan, Pahang

Admin Bestplaces

Selamat datang ke Kuantan, Pahang, destinasi pelancongan yang terkenal dengan keindahan alamnya.

Bagi mereka yang mencari pengalaman gastronomi yang unik, kami dengan penuh semangat memperkenalkan beberapa destinasi makanan terbaik di sekitar Kuantan. Tanpa menjejaskan bajet anda, sambutan hangat menanti anda di setiap hidangan yang dicuba.

10 Tempat Makan Best di Kuantan

Dalam maklumat ini, kami kongsikan 10 destinasi makan menarik dengan harga berpatutan dan citarasa makanan yang memikat, tiada tandingannya.

1. EDA YASI Nasi Minyak

Jika melancong ke Kuantan, jangan lepaskan peluang merasai kelezatan masakan Nasi Minyak Eda Yassin, tempat makan best kuantan pilihan utama penduduk tempatan. Nikmati pelbagai lauk seperti gulai ayam, kaki ayam, dan kari daging yang memikat selera.

Kari daging dan gulai ayam di sini cukup istimewa, menggoda dengan rasa yang autentik dan lembut. Selain itu, tempat makan menarik di pekan pahang ini terdapat juga pilihan masakan tradisional seperti nasi kerabu dan nasi lemak untuk memuaskan selera anda.

Alamat : Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia.

2. Warung Aja

Jika anda mencari Tempat makan sedap di kuantan, kunjungi Aja Selera Kampung, pilihan terbaik untuk hidangan harian yang tidak pernah membosankan.

Warung ini menawarkan pelbagai lauk pauk lezat, disajikan panas, dan pencuci mulut yang memikat, menjadikannya tempat kegemaran warga setempat.

Sebut saja Aja Selera Kampung, dan bayangkan masakan asli kampung seperti ikan puyu salai lemak cili api yang begitu menggiurkan. Ini adalah masakan yang selalu menjadi kegemaran, dengan lebih dari 20 kg ikan puyu dimasak setiap hari untuk memenuhi permintaan.

Namun, jangan terlambat, kerana dalam beberapa jam sahaja, hidangan istimewa tempat sarapan best di kuantan ini akan habis. Untuk mengelakkan kekecewaan, datanglah lebih awal dan nikmati keunikan rasanya.

Alamat : D285, Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.

Semak : 7 Muzium Pahang Wajib Dikunjungi Hujung Minggu

3. Bombay Restaurant

Di sini merupakan syurga bagi peminat masakan India beraroma rempah. Pelbagai hidangan kari menanti anda, tetapi keistimewaan terletak pada nasi kandar dan biryani kari kambing. Sungguh lezat dan memikat!

Bombay Restaurant, diuruskan oleh Hamid Bros sejak beberapa tahun lalu, terkenal di Kuantan sebagai tempat makan yang sangat dicadangkan untuk anda dan keluarga. Suasana santai dan eksklusif di ruang makan yang sejuk memberikan pengalaman makan malam yang tak terlupakan.

Alamat : 71, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.

4. Akob Patin

Bagi anda yang meminati masakan kampung terutamanya ikan darat, Restoran Akob Patin House adalah syurga makanan untuk anda. Rasailah kenikmatan yang berganda di sini.

Selain dari ikan patin masak tempoyak terdapat juga masakan kampung asli Pahang yang anda boleh cuba antaranya adalah gulai lemak cili daging salai, udang galah masak tempoyak dan banyak lagi. Tentu rugi jika anda berkunjung ke kuantan tanpa mencuba semua masakan di tempat sambut birthday di kuantan ini.

Alamat : A2, Lorong Haji Abdul Rahman 1, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.

5. Restauran Dallah

Menyajikan pelbagai hidangan asli Timur Tengah, ruang makan yang nyaman dan set makan utama yang berpatutan pasti memikat anda untuk kembali.

Bagi yang ingin merasai masakan Arab, cubalah Hanith Lamb, Mandy Lamb, dan Kabsah Chicken bersama Dallah Coffee. Kami pasti anda akan terpaku dengan keenakan hidangan tanpa mampu berpaling ke lain hati.

Untuk variasi, jangan lepaskan peluang merasa Mix Barbeques, Mulawah Bread, Rateeb Bread with Honey, dan Falafel with Humus yang terkenal di sini.

Alamat : Taman Pandan Damai, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia.

6. Sara Thai Kitchen

Masakan Thai begitu sinonim dengan selera masyarakat Melayu. Rasa masam, pedas padu, harga berpatutan, serta layanan mesra menjadikan restoran Thai pilihan utama.

Di Kuantan, Sara Thai Kitchen diakui sebagai yang terbaik dalam menyajikan hidangan Thai yang memukau. Rasanya sungguh memanjakan lidah!

Siakap stim limau menjadi hidangan istimewa dan paling diminati di sini. Selain itu, jangan lepaskan peluang mencuba ayam gajus nam prik, kerabu manga, pulut manga, dan lebih banyak lagi.

Alamat : B42 tingkat bawah, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.

7. MABIQ Restaurant

Tempat makan menarik di pahang ini menonjolkan masakan kampung Pahang sebagai daya tarikan utama, memberi keunikan kepada Restoran Mabiq. Kejayaan ini membawa kepada pembukaan dua cawangan.

Menu Patin Pais terkenal di kalangan pengunjung, bersaing dengan daging salai masak lemak dan ikan patin masak tempoyak. Admin tertarik pada masakan Patin Pais yang pertama kali didengar. Nampaknya, admin perlu kunjungi Kuantan untuk merasakannya. Bagaimana kalau kita ramai-ramai ke Kuantan nanti?.

Alamat : 26060 Kuantan, Pahang, Malaysia.

8. Western Daniello’s Restaurant

Jika anda mencari tempat makan hipster di kuantan yang meriah dan menyajikan makanan ala street cafĂ©, Restoran Western Daniello’s adalah pilihan terbaik untuk mengisi masa dengan rakan-rakan. Pakej yang lengkap dan sesuai untuk pencinta makanan ala kaki lepak.

Nikmati burger homemade unik dengan celupan sos blackpaper yang memukau dan meatball yang mantap. Setiap makanan bersama rakan-rakan memberikan pengalaman istimewa yang akan dikenang selamanya. Jangan lepaskan peluang mencuba menu menarik seperti mutton burger, burrito, beef burger, dan banyak lagi.

Alamat : A4392, Jln Teluk Sisek, Taman Plaza, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia.

Semak : TOP 7 Senarai Tempat Menarik di Pekan Pahang

9. Lili Wadi Restaurant

Menawarkan pelbagai pilihan masakan termasuk masakan kampung, panas, Thai, steamboat, dan barat, restoran ini menjadi pilihan utama dengan daya tarikan pelbagai citarasa. restaurant ini cocok untuk tempat makan tengahhari anda dan yang memukau di sini adalah pengalaman steamboat dan pencuci mulut yang luar biasa.

Setelah mencuba, sukar untuk tidak teringat nikmatnya hidangan di sini. Kek keju mangga dan kek keju durian di sini memang kegemaran, mungkin layak mendapat gelaran ‘kek keju terbaik di Kuantan’.

Alamat : Lrg Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia.

10. Mint Kuantan Restaurat

Jika anda menginginkan suasana santai, tenang, dan romantis untuk makan malam bersama yang tersayang, Restoran Mint Kuantan adalah tempat makan malam best di kuantan.

Terletak di tepi Pantai Balok yang sejuk dengan bayu malam yang lembut, serta ruang makan yang luas, tempat ini menawarkan keselesaan dan romantika untuk berborak dan mengimbau kenangan bersama.

Nikmati juga santapan malam dengan masakan barat yang lazat.

Alamat : Pusat rekreasi air balok, pantai, 26080 Balok, Pahang, Malaysia.

Semak : 10 Tempat Makan Best di Pekan Pahang

Originally posted 2023-11-30 01:01:00.

Bagikan:

Tags

Leave a Comment